Polis rakam keterangan pengawal keselamatan lepaskan tembakan di Banting

Polis rakam keterangan pengawal keselamatan lepaskan tembakan di Banting

Polis rakam keterangan pengawal keselamatan lepaskan tembakan di Banting
Tangkap layar video seorang lelaki yang mengamuk dan bersenjata parang cedera selepas ditembak di sebuah restoran di Banting pada Sabtu.

SHAH ALAM: Polis merakam keterangan pengawal keselamatan dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran berhampiran Hospital Banting, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian pengawal berkenaan sedang bertugas di Hospital Banting yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Setakat ini polis tidak menahan pengawal keselamatan terbabit dan hanya merakam keterangan berhubung kejadian berkenaan.

“Lelaki warga tempatan yang ditembak dalam kejadian pada petang 19 April itu pula mengalami patah tulang kaki kanan dipercayai akibat terkena tembakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Semalam, tular di laman sosial video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan mengamuk mengacukan parang ke arah beberapa petugas kesihatan sebelum pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan menggunakan senapang patah.

 

Polis rakam keterangan pengawal keselamatan lepaskan tembakan di Banting

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker