Klopp kini ketua operasi bola sepak Red Bull

Klopp kini ketua operasi bola sepak Red Bull

Klopp kini ketua operasi bola sepak Red Bull
KLOPP kini ketua operasi bola sepak di Red Bull, yang memiliki kelab RB Leipzig, Salzburg dan New York. -FOTO AFP

Berlin: Bekas pengurus Liverpool Jurgen Klopp mempunyai peranan baharu sebagai ketua operasi bola sepak di Red Bull, yang memiliki kelab RB Leipzig, Salzburg dan New York, kata syarikat itu pada hari semalam.

Klopp meninggalkan Liverpool pada penghujung musim lalu selepas sembilan tahun mengendalikan, di mana dia berjaya membawa kelab itu memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Pada Januari dia mengejutkan peminat kelab dan mengumumkan untuk menamatkan kariernya sebagai pengurus dengan Klopp berkata dia letih dengan peranan itu.

Peranan baharu pengendali berusia 57 tahun itu dengan gergasi minuman tenaga Austria tidak akan membabitkan bimbingan secara langsung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu, “Klopp tidak akan campur tangan dalam urusan harian kelab, tetapi akan mengambil posisi strategik yang lebih tinggi.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak benar kisah penganiayaan di Cameron Highland.


 

“Saya melihat peranan saya terutamanya sebagai mentor bagi jurulatih dan pengurusan kelab Red Bull.

“Selepas hampir 25 tahun di tepi padang, saya teruja untuk terbabit dalam projek seperti ini.

“Peranan mungkin berubah tetapi minat saya terhadap bola sepak dan orang-orang yang menjadikan permainan ini seperti sekarang, tidak pernah pudar,” katanya.

Klopp menekankan bahawa peranannya adalah pada “peringkat global” dan menambah: “Saya ingin membangunkan, memperbaiki, dan menyokong bakat bola sepak yang luar biasa yang kami miliki.

“Terdapat banyak cara untuk kami melakukan ini, daripada menggunakan pengetahuan dan pengalaman elit yang dimiliki oleh Red Bull hingga mempelajari daripada sukan dan industri lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

30 Oktober, hari penuh debaran bagi penyokong Najib.


“Bersama-sama kita boleh meneroka apa yang mungkin. Saya melihat peranan saya terutamanya sebagai mentor bagi jurulatih dan pengurusan kelab-kelab Red Bull, tetapi pada akhirnya, saya adalah sebahagian dalam organisasi yang unik, inovatif dan berwawasan.

“Seperti yang saya katakan, ini benar-benar membuatkan saya teruja.”

Beliau akan memulakan tugasnya pada 1 Januari 2025.

Sky Germany melaporkan kontrak Klopp termasuk klausa yang membenarkan dia mengambil alih tugas sebagai pengurus pasukan kebangsaan Jerman sekiranya dia ditawarkan.

Liverpool akan menentang RB Leipzig, kelab utama dalam portfolio Red Bull, dalam Liga Juara-Juara sejurus selepas rehat antarabangsa.

Klopp kini ketua operasi bola sepak Red Bull


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pembebasan Najib Akan Menjadi Magnet Sokongan Melayu Kepada Kerajaan Perpaduan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker