Amuk di restoran, lelaki tersungkur ditembak pengawal keselamatan
Amuk di restoran, lelaki tersungkur ditembak pengawal keselamatan

KUALA LANGAT: Seorang lelaki yang disyaki bertindak agresif terhadap orang ramai dengan menggunakan senjata tajam, cedera selepas kakinya ditembak oleh seorang pengawal keselamatan.
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah restoran berhampiran Hospital Banting, di sini, hari ini.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 57 saat yang tular dalam laman sosial, beberapa individu dilihat menggunakan kerusi bagi mempertahankan diri daripada diserang lelaki itu.
Bagaimanapun, lelaki itu akhirnya tersungkur apabila seorang pengawal keselamatan melepaskan satu das tembakan pada kakinya.
Beliau berkata, satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung insiden itu.
Amuk di restoran, lelaki tersungkur ditembak pengawal keselamatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.