Gaduh rebut teman wanita, 3 sekawan didenda RM1,200 seorang
Gaduh rebut teman wanita, 3 sekawan didenda RM1,200 seorang

BATU PAHAT: Tiga sekawan termasuk bapa dua anak didenda RM1,200 seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana membelasah seorang lelaki angkara berebut teman wanita, lima tahun lalu.
Ketiga-tiga tertuduh iaitu Ng Yeong Jye, 22; Ng Jia Xin, 21; dan Lim Song Ying, 20, dijatuhi hukuman itu sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Majistret Arun Noval Dass.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap lelaki berusia 17 tahun ketika kejadian di sebuah kedai makan Taman Setia Jaya, di sini, pada 12.30 tengah malam, 2 Disember 2020.
Berikutan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan mangsa mendakwa dipukul dan belasah empat lelaki di sebuah kedai makan, menyebabkan mangsa cedera di muka, tangan serta mulut sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip dan Firdaus Roslan, manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan.
Selain hukuman denda, mahkamah memerintah ketiga-tiga tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayarnya dan semua tertuduh kemudian membayar denda itu.
Gaduh rebut teman wanita, 3 sekawan didenda RM1,200 seorang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.