Arus deras sukarkan pencarian mangsa pikap hanyut
Arus deras sukarkan pencarian mangsa pikap hanyut

KUCHING: Hujan lebat malam tadi menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang hilang selepas kereta dinaikinya hanyut di Sungai Sengayan, Ulu Baram, di pedalaman Bahagian Miri, Ahad lalu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata berikutan hujan berterusan itu, arus sungai berkenaan semakin deras sehingga menyukarkan bot kecil melaluinya.
Beliau berkata, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi yang terbabit dalam operasi SAR sejak Selasa lalu juga menghadapi masalah komunikasi berikutan tiada liputan telefon, internet dan rangkaian Rangkaian Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di lokasi kejadian.
“Berikutan itu operasi hari ini diteruskan dengan menyusuri tebing sungai dari lokasi kejadian menghala ke arah muara sungai sehingga radius 10 kilometer,” katanya.
Operasi SAR turut disertai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Baram serta penduduk kampung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, Ahad lalu, pikap Toyota Hilux jenis ‘single cab’ yang dinaiki seorang pemandu dan tiga penumpang cuba meredah air untuk menyeberangi Sungai Senagayan.
Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila kenderaan terbabit dihanyutkan arus sungai yang deras.
Akibat kejadian itu, dua penumpang iaitu Dawellies Luing, 46, dan anaknya Valerrie Mentie, 9, hilang, manakala isteri Dawellies, iaitu Litun Ajip dan pemandu pikap itu berjaya menyelamatkan diri.
Mayat Valerrie ditemui di tebing sungai kira-kira jam 2.20 petang Isnin lalu iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Operasi kini dipergiatkan untuk mengesan Dawellies yang bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jekitan.
Arus deras sukarkan pencarian mangsa pikap hanyut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.