Lelaki ditahan muat naik kandungan jelik, hina PM

Lelaki ditahan muat naik kandungan jelik, hina PM

Lelaki ditahan muat naik kandungan jelik, hina PM
Foto hiasan

BACHOK: Seorang lelaki ditahan polis selepas memuat naik kandungan video menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata lelaki yang bekerja sebagai pembantu pam minyak itu ditahan di Kampung Tempoyak di sini, Sabtu lalu.

Terdahulu, lelaki terbabit memuat naik satu video berdurasi 46 saat yang mendatangkan keaiban terhadap Perdana Menteri dan menghasut rakyat setempat supaya tidak menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan pada 12 April lalu di Pantai Irama, Bachok.

“Siasatan mendapati suspek menggelarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jolokan nama yang memalukan dan mengaibkan iaitu ‘ketimbang’ dan ‘Bang Non’.

“Suspek turut membuat tuduhan kehadiran PM adalah untuk ‘mengencing’ atau dengan kata lain menipu orang yang hadir ke sambutan raya itu,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Beliau berkata, suspek juga membuat kenyataan yang seolah-olah mengajak orang ramai supaya tidak menyukai dan memboikot Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri yang mana video dibuat sehari sebelum kehadiran PMX.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok membuat tangkapan ke atas lelaki berkenaan dan turut merampas telefon bimbit miliknya untuk siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, 233 Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Pemeriksaan ke atas telefon bimbit suspek juga dibuat dan didapati terdapat kandungan video dan gambar lucah yang dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya.

Suspek mengaku bersalah dan didenda RM4,000 atas kesalahan memiliki kandungan lucah dalam telefon bimbit, manakala untuk kesalahan menghina Perdana Menteri, ketiga seksyen kesalahan masih dijalankan siasatan di bawah SKMM.

Mohamad berkata, semua pemilik media sosial dinasihatkan untuk tidak mudah memuat naik kenyataan atau video yang terkait perkara 3R (Royal, Race, Religion) yang boleh memecahkan keamanan dan menimbulkan kegusaran awam.

Lelaki ditahan muat naik kandungan jelik, hina PM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker