Anak cedera langgar bakul jatuh atas jalan, bapa rayu dapatkan rakaman dashcam
Anak cedera langgar bakul jatuh atas jalan, bapa rayu dapatkan rakaman dashcam

BATU PAHAT: Seorang bapa merayu mereka yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) membabitkan kemalangan anaknya melanggar bakul meletak ayam yang jatuh atas jalan raya di Jalan Kluang, di sini, Jumaat lalu.
Shamsuddin Ismail, 48, berkata anaknya, Muhammad Farhan, 21, cedera apabila motosikal ditunggangnya merempuh bakul yang terjatuh di tengah jalan selepas dipercayai tidak diikat ketika diletakkan di belakang kenderaan.
“Selepas selesai kerja kilang, anak ke bandar dan kemudian pulang ke rumah, tetapi dia tidak menyedari ada bakul meletak ayam di tengah jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Akibatnya, anak saya cedera di kedua-dua tangan, kaki dan perut serta dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan. Dia kini sedang cuti sakit kerana perlu menjalani rawatan susulan.
“Saya merayu sesiapa ada rakaman video kejadian itu menyerahkannya kepada kami untuk menuntut keadilan bagi anak saya yang terpaksa menanggung kesakitan akibat kelalaian orang lain,” katanya.
Beliau berkata, laporan dibuat Balai Polis Parit Raja, selepas sehari kejadian untuk tindakan lanjut.
Anak cedera langgar bakul jatuh atas jalan, bapa rayu dapatkan rakaman dashcam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.