Pelajar hilang dari asrama di Kuala Terengganu ditemui selamat

Pelajar hilang dari asrama di Kuala Terengganu ditemui selamat

Pelajar hilang dari asrama di Kuala Terengganu ditemui selamat
Muna Qaisara Muhammad Budiman yang dilaporkan hilang selepas tidak berada di asrama sekolahnya di Kuala Terengganu sejak Sabtu lalu, berjaya ditemui semula petang tadi. – Foto ihsan keluarga Muna Qaisara

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan yang dilaporkan hilang di daerah ini selepas tidak berada di asrama sekolahnya sejak Sabtu lalu, ditemui selamat petang tadi.

Laporan kehilangan Muna Qaisara Muhammad Budiman, 15, sebelum itu dibuat oleh ibunya, Juliana Johari, 42, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan pelajar tingkatan tiga itu.

“Butiran lanjut akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya.

Pelajar berkenaan kali terakhir dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim pada petang Sabtu.

Pelbagai pihak menggerakkan usaha mencari remaja terbabit sebaik berita kehilangannya tular di media sosial termasuk melakukan solat hajat dan doa selamat.

Pelajar hilang dari asrama di Kuala Terengganu ditemui selamat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker