La Liga rayu Majlis Sukan Sepanyol sekat dua pemain Barcelona beraksi
La Liga rayu Majlis Sukan Sepanyol sekat dua pemain Barcelona beraksi

Madrid: La Liga iaitu liga bola sepak Sepanyol, mengemukakan rayuan dan meminta langkah pencegahan terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Sepanyol (CSD) selepas membenarkan pemain Barcelona, Dani Olmo dan Pau Victor, untuk bermain sehingga hujung musim ini.
La Liga mengeluarkan kenyataan yang meminta ‘jawapan kehakiman segera’ demi keadilan sukan, mendakwa bahawa keputusan CSD itu melanggar peraturan yang mengawal ekonomi liga Sepanyol.
Ia menyatakan bahawa pembatalan pendaftaran pemain itu adalah tidak sah, membenarkan pemain tengah Olmo, yang menyertai Barcelona dari RB Leipzig pada musim panas lalu, dan penyerang muda Victor untuk beraksi.
Kelab Catalan itu beranggapan sudag mencapai matlamat itu apabila pada Januari lalu mereka membuat pengumuman rasmi penjualan kotak VIP di Stadium Camp Nou yang sedang dibina kepada pelabur Timur Tengah dengan anggaran 100 juta euro (RM534 juta) untuk tempoh 20 tahun.
Namun, menurut La Liga tiada sebarang jumlah daripada (perjanjian kotak VIP) yang akhirnya direkodkan dalam akaun keuntungan dan kerugian, bertentangan dengan apa yang disahkan kelab dan juruaudit semasa transaksi itu
CSD memberikan kebenaran sementara kepada Olmo dan Victor untuk beraksi untuk Barcelona pada Januari, sementara menunggu keputusan muktamad.
Barcelona berdepan kesukaran kewangan sejak beberapa tahun lalu dan pada 2022 menjual pelbagai aset kelab serta hak pendapatan televisyen masa depan untuk membolehkan mereka menandatangani pemain bintang seperti Robert Lewandowski dan Raphinha.
Perbelanjaan pada jendela perpindahan musim panas kelak menyukarkan Barcelona tanpa penjualan terlebih dahulu jika pandangan baru La Liga mengenai situasi kewangan mereka kekal sama.
La Liga rayu Majlis Sukan Sepanyol sekat dua pemain Barcelona beraksi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.