Budak 3 tahun cedera dipercayai terjatuh keluar kereta tanpa disedari bapa

Budak 3 tahun cedera dipercayai terjatuh keluar kereta tanpa disedari bapa

Budak 3 tahun cedera dipercayai terjatuh keluar kereta tanpa disedari bapa

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian muka dipercayai akibat terjatuh keluar dari sebuah kenderaan di Kilometer 5 Jalan Lipis-Merapoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata kejadian kira-kira jam 11 pagi dikatakan berlaku ketika mangsa berada di kerusi penumpang belakang Proton Iswara Aeroback dipandu bapanya yang sedang dalam perjalanan dari Kampung Tempoyang untuk pulang ke rumah di Kampung Berembang.

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai terjatuh keluar dari kenderaan melalui tingkap belakang sebelah kiri yang terbuka. Ketika itu, bapanya berumur 36 tahun dikata memberhentikan kenderaan untuk menjawab panggilan telefon.

“Bagaimanapun, bapanya dipercayai tidak menyedari insiden itu dan meneruskan perjalanan hingga ke Kilometer 7 Jalan Lipis-Merapoh sebelum menyedari anaknya tiada di dalam kenderaan.

Ismail berkata, mangsa dijumpai seorang diri dalam keadaan cedera pada bahagian muka oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan, lalu dibawa ke Balai Polis Padang Tengku sebelum menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan dan polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Budak 3 tahun cedera dipercayai terjatuh keluar kereta tanpa disedari bapa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker