9 ditahan kes merusuh guna senjata termasuk pedang samurai
9 ditahan kes merusuh guna senjata termasuk pedang samurai
IPOH: Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan senjata di Jelapang dekat Meru Raya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kesemua suspek warga tempatan berusia 19 hingga 41 tahun itu ditahan di lokasi berasingan sekitar jam 6.45 pagi semalam selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 36 tahun mendakwa diserang sekumpulan lelaki bersenjata.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan jenis BMW E90 3 Series dan sebatang kayu golf ketika serbuan itu.
“Hasil siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan motosikal yang telah dirampas dalam kegiatan lumba haram.
“Enam individu mengalami kecederaan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. Senjata disyaki digunakan ketika kejadian ialah kayu besbol, parang, pedang samurai, topi keledar dan pisau panjang,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Abang Zainal Abidin berkata, dua daripada sembilan suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah, manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati empat suspek positif dadah.
Susulan itu, beliau berkata, empat suspek direman tiga hari hingga esok, manakala lima lagi direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan merusuh dengan menggunakan senjata.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta tampil memberi keterangan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Al Hakim melalui talian 011-11256246 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.