Pemandu lori parah diserang harimau kumbang

Pemandu lori parah diserang harimau kumbang

Pemandu lori parah diserang harimau kumbang
Seorang pemandu lori parah di muka selepas dipercayai diserang harimau kumbang di tepi jalan dekat Bukit Tangga, di sini, petang tadi. – Tangkap layar tular

SEREMBAN: Seorang pemandu lori parah di muka selepas dipercayai diserang harimau kumbang di tepi jalan dekat Bukit Tangga, di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta sebelum video berdurasi 16 saat itu dimuatnaik di media sosial.

Rakaman berkenaan memaparkan sebuah lori berhenti di tepi jalan dan kelihatan seekor haiwan berwarna hitam baru sahaja menyerang seorang lelaki.

Seolah terkejut dengan kehadiran kenderaan yang merakam kejadian, haiwan dipercayai harimau kumbang itu melarikan diri ke seberang jalan.

Sejurus kemudian, kelihatan lelaki yang dikatakan pemandu lori rebah di tepi jalan, sebelum kereta itu berhenti di bahagian hadapan lori.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Turut dikongsi di media sosial beberapa foto yang menunjukkan seorang lelaki mengalami kecederaan pada bahagian muka dan berlumuran darah.

Difahamkan, satu laporan polis sudah dibuat dan pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kejadian ini.

Pemandu lori parah diserang harimau kumbang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker