Isu wang ganjaran tertangguh bakal selesai selepas Aidilfitri

Isu wang ganjaran tertangguh bakal selesai selepas Aidilfitri

Isu wang ganjaran tertangguh bakal selesai selepas Aidilfitri
MEGAT (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kuih Raya kepada 66 Atlet Paralimpik di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Ganjaran wang tunai yang dijanjikan kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris dijangka diterima selepas sambutan perayaan Aidilfitri.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pihaknya sedang menguruskan perkara itu dengan sebuah syarikat luar negara yang sebelum ini sudah berjanji untuk menyediakan ganjaran berkenaan.

Bagaimanapun, katanya terdapat kekangan daripada pihak penaja berkenaan.

Beliau mengulas isu itu selepas timbul keluhan daripada beberapa atlet yang masih menantikan ganjaran berkenaan.

“Untuk makluman, hanya ada satu pihak penaja, iaitu sebuah syarikat luar negara dan kami sedang berusaha menyusun jadual untuk mereka menyerahkan wang ganjaran itu. Kami tidak pasti atlet mana yang mendakwa belum menerima ganjaran, tetapi tarikh dan masa sudah dimaklumkan kepada mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Saya rasa ini bukan isu besar. Semua pihak sepatutnya akan menerima ganjaran mereka. Berdasarkan maklumat yang kami terima, pembayaran dijangka dibuat pada suku pertama tahun ini tetapi mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada syarikat korporat dan badan bukan kerajaan kepada atlet di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, Kampung Pandan, di sini hari ini.

Malaysia berjaya menutup tirai Sukan Paralimpik Paris dengan membawa pulang dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Terdahulu, kira-kira 60 atlet para diraikan dalam majlis itu, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung MPM, Datuk R Subramaniam dan Presiden Persatuan OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi.

Isu wang ganjaran tertangguh bakal selesai selepas Aidilfitri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker