Suami isteri maut nahas

Suami isteri maut nahas

Suami isteri maut nahas
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Felda Teloi Timur, Kampung Merbau Kudung. – Foto ihsan Bomba

SIK: Pasangan suami isteri maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Felda Teloi Timur, Kampung Merbau Kudung, di sini hari ini.

Mangsa, yang dikenali sebagai Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan Intan Suraya Zaidi, 24, dipercayai dalam perjalanan ke bandar Sik dari Teloi Timur apabila kemalangan berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.16 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Sam Khan a/l Prak Prom Keu tiba di lokasi bersama lapan anggota tidak lama kemudian.

“Pasangan suami isteri yang berusia 20-an didapati tersepit dalam kenderaan dan tindakan operasi dilakukan menggunakan peralatan ‘hydraulic cutter’ untuk mengeluarkan mangsa.

“Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Jamil berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Suami isteri maut nahas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker