Cklamovski puas hati, pemain ikut pelan

Cklamovski puas hati, pemain ikut pelan

Cklamovski puas hati, pemain ikut pelan
PEMAIN Malaysia Romel Morales dihalang beberapa pemain Nepal pada perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 bagi kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim. -FOTO Bernama

Iskandar Puteri: Pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengakui berpuas hati dengan prestasi anak buahnya selepas berjaya membenam Nepal 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Katanya lagi, barisan pemain berusaha sepanjang 90 minit aksi dan berjaya menterjemahkan apa yang dilakukan ketika latihan dalam perlawanan itu.

“Aksi yang baik dan saya bangga dengan pemain. Mereka berikan segalanya, mereka lakukan semuanya dalam perlawanan malam tadi.

“Apa yang dilakukan dalam latihan berjaya dilakukan dalam aksi ini biarpun kami hanya berlatih dalam tempoh yang agak singkat,” katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Ujarnya lagi, kemenangan 2-0 dengan tidak dibolosi sememangnya keputusan yang baik.

“Permainan yang baik dan kami banyak peluang dan kami meraih dua gol.

“Paling penting kami tidak dibolosi. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi tahap permainan kami di mana pasukan ini miliki potensi untuk terus meningkat,” katanya.

Dalam aksi di SSI malam tadi, dua gol pasukan negara diraih dalam setiap babak menerusi ledakan Hector Hevel di minit 30 dan Corbin Ong minit 70.

Cklamovski puas hati, pemain ikut pelan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker