‘Nyawa anak saya tak ternilai, tidak boleh diganti wang ringgit’

‘Nyawa anak saya tak ternilai, tidak boleh diganti wang ringgit’

'Nyawa anak saya tak ternilai, tidak boleh diganti wang ringgit'
Kamaruzaman (dua dari kiri) menerima kunjungan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin di kediamannya hari ini. – Foto ihsan FB Ahli Parlimen Tenggara

KLUANG: “Nilai nyawa anak saya bukan RM100,000 atau sebagainya… saya redha, tiada niat untuk saman mana-mana pihak,” demikian kata Kamaruzaman Omar, 53.

Kamaruzaman adalah bapa kepada dua beradik yang maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara ketika dalam perjalanan ke sekolah, semalam.

Ketika kejadian, Norhazim Kamaruzaman, 17, menunggang motosikal dengan membonceng adiknya, Nur Alif Ikhwan Kamaruzaman, 16.

Kamaruzaman berkata, meskipun redha dengan pemergian dua anaknya itu, dia berharap kejadian seumpama itu tidak berulang dan menimpa pengguna jalan raya lain.

“Kami dikunjungi wakil beberapa agensi dan saya menyatakan sampai bila perkara ini dibiarkan berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Saya harap mereka mereka memikirkan tindakan jangka masa panjang dan pendek bagi mengatasi masalah jalan berulang.

“Jika ada jalan berlubang, segeralah baik pulih,” katanya.

Kamaruzaman berkata, dia difahamkan kemalangan di laluan berkenaan kerap berlaku berikutan laluannya agak sempit dan terdapat selekoh.

“Banyak faktor laluan berkenaan cepat berlubang termasuk sistem perparitan, kekerapan kenderaan berat menggunakannya, selain penyelenggaraan.

“Bukan saja di Johor, malah perkara ini seharusnya diberi perhatian di seluruh negara dan keadaan laluan seharusnya dipantau daripada semasa ke semasa,” katanya.

Kamaruzaman berkata, dia dan isteri tabah dengan pemergian anak dan sentiasa berdoa kesejahteraan roh mereka.

“Bohonglah kalau saya kata kami tak sedih dengan pemergian dua insan kesayangan.

“Namun saya redha, isteri mahupun anak yang hadir dalam kehidupan adalah pinjaman Allah. Isteri juga dapat memahami dan menerima pemergian anak,” katanya.

‘Nyawa anak saya tak ternilai, tidak boleh diganti wang ringgit’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker