Sepanyol kekal rekod tanpa kalah selama dua tahun
Sepanyol kekal rekod tanpa kalah selama dua tahun

Rotterdam: Juara Eropah, Sepanyol menyelamatkan rekod tanpa kalah mereka selama dua tahun pada saat-saat akhir aksi suku akhir pertama Liga Negara-Negara, awal pagi tadi, dengan keputusan seri 2-2 yang menafikan Belanda meraih kemenangan bersejarah.
Mikel Merino meranapkan hati penyokong tuan rumah apabila meledak gol pada minit ketiga masa kecederaan, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Sepanyol yang kini mencecah 22 perlawanan kompetitif.
Dua kuasa besar bola sepak dunia itu akan bertemu sekali lagi di Valencia, Isnin ini, dengan pemenang perlawanan itu bakal berdepan Perancis atau Croatia di separuh akhir.
“Saya rasa jika kami bermain seperti ini, kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk mara,” kata pemain sayap Belanda, Jeremie Frimpong.
“Hari ini kami cukup bersemangat serta mencipta banyak peluang. Anda dapat melihat satu pasukan yang hebat hari ini, jadi ia pasti menyeronokkan untuk bermain dan juga menarik untuk ditonton oleh anda semua,” tambahnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Tanda-tanda awal kelihatan positif untuk tuan rumah, yang tidak pernah tewas kepada Sepanyol di laman sendiri dan mendapat sokongan padu daripada penyokong di Stadium De Kuip, Rotterdam.
Namun, Sepanyol juga memiliki kenangan manis di stadium itu, lokasi kejayaan mereka dalam Liga Negara-Negara 2023, di mana mereka menewaskan Croatia 5-4 menerusi penentuan penalti.
Pasukan pelawat membuka jaringan terlebih dahulu, memanfaatkan kelemahan pertahanan Belanda serta kepintaran kaki lincah bintang sayap mereka, Nico Williams.
Namun, Belanda bangkit dan akhirnya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-27 menerusi pemain Liverpool, Cody Gakpo.
Gol penyamaan itu memberi semangat kepada pasukan tuan rumah, yang mula menguasai bola dengan lebih yakin serta mencipta beberapa peluang berbahaya.
The Oranje kemudian mendahului kurang seminit bersambung babak kedua menerusi Tijjani Reijnders sebelum jaringan penyamaan Merino memusnahkan impian tuan rumah.
Sepanyol kekal rekod tanpa kalah selama dua tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET