Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Polis tembak mati penjenayah aktif samun, seludup senjata api

Polis tembak mati penjenayah aktif samun, seludup senjata api

Polis tembak mati penjenayah aktif samun, seludup senjata api

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati seorang lelaki yang dikesan aktif dalam kegiatan samun bersenjata api di Besut, Terengganu, awal pagi tadi.

Suspek berusia 33 tahun dan berasal dari Terengganu itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger di Jalan Seberang Jertih, Kuala Besut, Terengganu.

Sumber berkata, ketika kejadian kenderaan dipandu suspek dikesan oleh pasukan JSJ Bukit Aman yang sedang melaksanakan Operasi Laras (Op Laras).

“Apabila sampai di jalan berhampiran Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, pasukan polis menahan kenderaan suspek bagi tujuan melakukan pemeriksaan.

“Suspek secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan sebelum pihak polis membalas tembakan demi keselamatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


“Selepas memastikan tiada lagi ancaman, pihak polis kemudian melakukan pemeriksaan dan mendapati pemandu kereta yang juga suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya kepada BH hari ini.

Katanya, pemeriksaan di dalam kenderaan suspek turut menemui sepucuk pistol berwarna perak bersama magazine di dalamnya pada bahagian lantai di tempat pemandu.

Menurut sumber itu lagi, polis juga turut menemui bungkusan hitam dipercayai dadah dan satu lagi bungkusan disyaki dadah syabu.

Siasatan awal mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah dan pernah ditahan atas kesalahan menyeludup senjata api, melakukan samun dan dadah.

Kesalahan ini dikesan dilakukan di sekitar Kelantan termasuk di Pasir Puteh dan Pasir Mas.

Pada masa ini, pemeriksaan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Kontinjen Terengganu dan Unit Forensik Polis.

Difahamkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Polis tembak mati penjenayah aktif samun, seludup senjata api

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker