Polis Thailand buru 17 suspek serangan bom di Sungai Golok
Polis Thailand buru 17 suspek serangan bom di Sungai Golok

NARATHIWAT: Polis Thailand sedang memburu 17 individu yang disyaki terlibat dalam serangan bom dan tembakan di Pejabat Daerah Sungai Golok, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Bahagian Ke-9 (Region 9 Chief Police), Leftenan Jeneral Polis Piyawat Chalermsi berkata polis telah mengenal pasti 17 individu terlibat dalam serangan yang menyebabkan dua anggota sukarelawan pertahanan maut.
“Berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, polis mendapati seramai 17 individu disyaki terlibat dalam serangan pada 8 Mac.
“Polis turut menemui tiga buah kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda yang digunakan dalam serangan. Siasatan terperinci sedang dilakukan untuk mengenal pasti pemilik kenderaan terlibat,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Beliau berkata semua suspek yang disyaki terlibat dalam serangan pada Sabtu lepas mempunyai rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis kerana mempunyai waran tangkap.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Piyawat berkata polis sedang mempergiatkan usaha menjejaki kesemua suspek selain mempertingkatkan kawalan keselamatan untuk membina keyakinan dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong.
Sabtu lalu, beberapa insiden letupan bom dan tembakan yang berlaku di Wilayah Narathiwat dan Pattani telah mengorbankan lima nyawa serta mencederakan 13 yang lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta