Syed Saddiq Pilihan Keempat Bella Astillah, Letak Kepercayaan Sampai Tak Tanya Jenama Apa
Syed Saddiq Pilihan Keempat Bella Astillah, Letak Kepercayaan Sampai Tak Tanya Jenama Apa
Keakraban antara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dengan ahli politik, Syed Saddiq tidak lagi disorokkan apabila mereka semakin terbuka berkongsi momen romantis kepada umum.
Pilihan keempat
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Syed Saddiq mendedahkan dia sebenarnya merupakan pilihan keempat Bella untuk dijadikan pasangan dalam sesi fotografi sebuah jenama pakaian.
Dia memang duta pertama bagi Prima Valet. Saya hanya duta dalam parlimen saja la kan, buat kerja kat parlimen. Satu hari saya dapat panggilan daripada Bella.
Dia beritahu ada satu jenama ini nak buat photoshoot raya bersama. Dia tanya saya nak buat ke tak. Saya tak tanya pun jenama apa, sebab saya letakkan kepercayaan penuh ke atas Bella.
Saya pun setuju sebab satu hari saja. Apa yang saya tidak tahu pada masa tersebut, saya merupakan pilihan nombor empat bagi Bella Astillah. Dia dah call tiga orang dulu.
Takdir Ilahi
Menerusi hantaran sama, Ahli Parlimen Muar ini juga menganggap segala yang berlaku merupakan takdir yang sudah tertulis.
Ini semua ketentuan Allah. One way atau another, pilihan nombor satu ke dua atau keempat, akhirnya kita berdua yang berada di atas pentas. Nombor satu ke nombor 10 tak penting, yang penting adalah di pagi raya.
Sementara itu, Bella mendedahkan identiti pilihan pertamanya merupakan seorang selebriti namun individu tersebut tidak dapat melakukan disebabkan permintaan di saat akhir.
Terima kasih kepada takdir. Yang pertama itu saya tak boleh sebut nama tapi artis juga tapi masih baik, cuma dia tak dapat buat. Memang last minute.
Sumber: TikTok
Syed Saddiq Pilihan Keempat Bella Astillah, Letak Kepercayaan Sampai Tak Tanya Jenama Apa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET