United perlu lebih ramai Fernandes

United perlu lebih ramai Fernandes

United perlu lebih ramai Fernandes
FERNANDES (dua dari kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukan di Old Trafford. FOTO AFPFERNANDES (dua dari kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukan di Old Trafford. FOTO AFP

Manchester, United Kingdom: Manchester United memerlukan lebih ramai pemain memiliki kualiti dan karakter seperti kapten Bruno Fernandes, kata pengurus Ruben Amorim susulan sepakan percuma menarik pemain Portugal itu ketika seri 1-1 menentang Arsenal, awal pagi tadi.

Fernandes berdepan kritikan terhadap kepimpinannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan bekas kapten United, Roy Keane, menggelarnya sebagai ‘penipu’.

Namun, dalam musim yang sukar untuk Red Devils, Fernandes kerap menjadi sumber inspirasi yang jarang berlaku.

Jaringan cemerlangnya pada masa tambahan separuh masa pertama di Old Trafford adalah gol ke-12nya musim ini.

Penjaring gol kedua terbanyak United adalah Amad Diallo yang kini mengalami kecederaan dengan sembilan gol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Adakah kita memerlukan lebih ramai Bruno? Itu jelas,” kata Amorim.”Bukan sahaja kualitinya, tetapi karakter dimiliki. Ketersediaannya dalam liga ini sangat penting dan dia sangat berkesan dengan bola atau tanpa bola.”

Bukan kali pertama sepanjang bulan-bulan pertama yang bermasalah di bawah kendalian Amorim, pasukannya membuktikan mampu bertahan apabila berdepan lawan lebih kuat.

United seri dengan pendahulu EPL yang jauh di depan, Liverpool, pada Januari, menyingkirkan Arsenal dari Piala FA dan mengalahkan Manchester City di tempat lawan pada awal musim ini.

Namun, mereka sering bergelut dalam perlawanan sepatutnya mereka menangi dan kini berada di tempat ke-14 dalam carta.

Walaupun bermain di laman sendiri, pasukan Amorim hanya menguasai 30 peratus penguasaan bola dan beliau menjelaskan dia tidak mahu bermain dengan gaya bertahan.

“Pada masa hadapan, saya mahu bermain dengan corak berbeza,” tambahnya. “Untuk menghabiskan lebih banyak masa menyerang dengan bola di sepertiga terakhir daripada bertahan. Semangat, mengikut perancangan dan bekerjasama, itu perkara yang baik.”

Jaringan Declan Rice pada minit ke-16 menyelamatkan satu mata untuk Arsenal dan menamatkan kemarau gol Gunners dalam tiga perlawanan EPL berturut-turut.

Namun, cabaran mereka untuk merebut gelaran tampak tamat kerana Liverpool kini mendahului dengan 15 mata. Walaupun Arsenal menang kesemua baki 10 perlawanan, Liverpool hanya memerlukan 16 mata dari sembilan perlawanan terakhir mereka untuk memastikan gelaran.

 

United perlu lebih ramai Fernandes

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker