SPRM akan jumpa doktor rawat Ismail Sabri, dapat maklumat status kesihatan
SPRM akan jumpa doktor rawat Ismail Sabri, dapat maklumat status kesihatan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam keterangan doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai status sebenar kesihatan bekas Perdana Menteri itu.
SPRM memaklumkan ia mengambil kira keadaan kesihatan Ismail Sabri yang sebelum ini sudah menangguhkan beberapa siri pengambilan keterangan oleh pihaknya atas faktor masalah kesihatan.
Tambah SPRM keterangan pegawai perubatan itu akan diambil sebelum pihaknya dijadual bertemu pemimpin itu Khamis depan.
“Tujuan SPRM merakam percakapan doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat.
“SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain untuk mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ,” katanya, di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
BH turut menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Azam Baki yang kemudiannya mengesahkan perkara itu.
“SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain untuk mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ,” katanya, di sini hari ini.
BH turut menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Azam Baki yang kemudiannya mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu dijangka akan diambil keterangan pada 13 Mac ini, sekiranya kesihatannya baik.
BH hari ini melaporkan, Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM esok, tetapi beliau tidak akan berbuat kemudian kerana dikatakan masih tidak cergas untuk berbuat demikian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
BH dimaklumkan, Ahli Parlimen Bera itu tidak akan hadir esok selepas kerana beliau masih diberikan sijil cuti sakit (MC) sehingga Rabu depan.
Ismail Sabri sebelum juga ini dijadualkan bertemu pegawai SPRM semalam, namun tidak berbuat demikian kerana dipercayai masih berdepan dengan masalah kesihatan.
Sebelum ini Ismail Sabri dilapor sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama kira-kira lima sehari selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.
Beberapa hari kemudian, empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.
Ia kemudiannya membawa kepada serbuan di tiga premis dengan penemuan wang tunai pelbagai negara berjumlah RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominum yang didakwa sebagai ‘safehouse’.
Azam dalam sidang media pada Isnin lalu turut mengesahkan Ismail Sabri bukan lagi saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sebaliknya adalah seorang suspek dalam kes berkenaan.