Qadejah Seloroh Lagu Raya Gen Z Lagi Sedap Dari Aliff Syukri [VIDEO]

‘Saya Tidak Faham Dengan Lagu Raya Abah’

Qadejah Seloroh Lagu Raya Gen Z Lagi Sedap Dari Aliff Syukri [VIDEO]

Qadejah Seloroh Lagu Raya Gen Z Lagi Sedap Dari Aliff Syukri

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri iaitu Qadejah Aliff Syukri berseloroh mengatakan lagu raya keluarannya, Raya Gen Z lebih sedap berbanding bapanya yang berjudul Raya Ya Ya.

Persaingan sihat

Ketika ditemui OhBulan!, Qadejah berkata dia tidak rasa tercabar apabila bapanya bertindak untuk melancarkan lagu raya pada hari yang sama dengannya.

Malah gadis itu menyifatkan ia sebagai satu persaingan yang sihat.

Lagu raya saya dan lagu raya abah siap pada hari yang sama. Masa makan malam kami sekeluarga, saya dan abah saling berpandangan dan bertanya mengenai lagu raya masing-masing.

Abah dengan saya kongsi lagu raya masing-masing, tapi saya rasa lagu saya lagi sedap. Saya tidak faham dengan lagu raya abah.

Saya rasa tercabar tetapi tidak mengapa sebab persaingan adalah perkara yang baik sebab kita akan selalu memperbaiki diri.

Sementara itu, Qadejah sempat berseloroh mengatakan kehadiran penyanyi Iman Troye membantu menjadikan lagu itu lebih sedap.

Qadejah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Raya Gen Z di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lagu raya berjudul Raya Gen Z dinyanyikan bersama tiga penyanyi lain iaitu Ara Aziz, Alyssa Dezek dan Cik B.

Kecaman bagus untuk perbaiki diri

Qadejah Seloroh Lagu Raya Gen Z Lagi Sedap Dari Aliff Syukri

Ketika ditanya mengenai kecaman negatif yang diterima, gadis itu menganggap ia sebagai satu perkara yang mampu membantu dirinya untuk menjadi lebih baik.

Hentaman (kecaman) juga adalah perkara yang baik sebenarnya. Ia akan menjadikan kita orang yang lebih baik.

Setiap kritikan yang diberikan saya akan cuba perbaiki diri.

Untuk info, video muzik lagu Raya Gen Z  yang dilancarkan sejak 1 Mac lalu menerima lebih 110,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Manakala, video muzik rasmi Raya Ya Ya pula mencatat 617,000 tontonan dalam YouTube.

Qadejah Seloroh Lagu Raya Gen Z Lagi Sedap Dari Aliff Syukri [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker