Polis Sabah rampas dadah RM3.2 juta, tahan dua ‘transporter’ di Penampang
Polis Sabah rampas dadah RM3.2 juta, tahan dua ‘transporter’ di Penampang

KOTA KINABALU: Polis negeri ini menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis syabu serta barangan lain bernilai RM3.24 juta di Penampang.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata lelaki berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan di dalam sebuah Toyota Land Cruiser di kawasan parkir hadapan sebuah pasar raya kira-kira jam 9 malam, 27 Februari lalu.
Katanya, pemeriksaan lanjut anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah kemudian menemui empat kotak besar berisi bungkusan dadah jenis methamphetamine seberat 63.55 kilogram.
“Semua dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk melalui perkhidmatan udara dari Semenanjung sebelum cuba diseludup ke negara jiran.
“Pasukan operasi turut merampas wang tunai sebanyak RM899, selain barang kemas, jam tangan mewah, tiga kereta Mercedes Benz dan Audi A5 dan Toyota Land Cruiser. Keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan sebanyak RM3.24 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Jauteh berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati, kedua-dua suspek negatif dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Katanya, pihaknya percaya kedua-dua suspek hanya bertindak sebagai `transporter’ atau penghantar dadah berkenaan dengan menerima upah daripada sindiket.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua suspek direman sehingga 7 Mac ini,” katanya.
Polis Sabah rampas dadah RM3.2 juta, tahan dua ‘transporter’ di Penampang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA