Satu lagi bom tinggalan Perang Dunia Kedua di Sabah dimusnahkan
Satu lagi bom tinggalan Perang Dunia Kedua di Sabah dimusnahkan

PAPAR: Sebutir lagi bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di sebuah tapak pembinaan di Kinarut, berjaya dimusnahkan, hari ini.
Bahan letupan jenis lama ‘Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb’ yang dipercayai masih aktif, dimusnahkan dengan tiga kali letupan secara berperingkat mulai jam 11.55 pagi hingga 1.25 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi kerja-kerja letupan itu dilakukan.
“Sebelum pemusnahan bom berkenaan dijalankan, pihak polis memaklumkannya kepada pelbagai agensi terbabit, termasuk Jabatan Alam Sekitar.
“Selepas selesai kerja meletupkan bom itu, pasukan Ketua Polis Balai Kinarut bergerak mendapatkan maklumat dari kawasan sekitar bagi mengenal pasti sama ada terdapat pihak yang terkesan akibat letupan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda awam dilaporkan berlaku, dan aktiviti pemusnahan bom juga berjalan dengan baik serta lancar.
“Aktiviti itu juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan jawatankuasa perancangan operasi dan pengurusan risiko bencana letupan bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” katanya.
Pagi kelmarin, sebutir lagi bom lama dijumpai pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kinarut selepas penemuan bom pertama pada Selasa lalu yang dimusnahkan sehari kemudian.
Satu lagi bom tinggalan Perang Dunia Kedua di Sabah dimusnahkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.