Ayda Jebat Alami ‘Mild Slipped Disc’, Kini ‘Berehat’ Di Hospital

‘Terima Kasih Yang Mendoakan

Ayda Jebat Alami ‘Mild Slipped Disc’, Kini ‘Berehat’ Di Hospital

Ayda Jebat Alami ‘Mild Slipped Disc’, Kini ‘Berehat’ Di Hospital

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat berkongsi perkembangan terkini selepas dimasukkan ke hospital akibat mild slipped disc.

Ayda masuk wad sebab slip disc

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, Ayda atau nama lengkapnya Nurul Suhada Jebat memaklumkan bahawa dia kini sedang berehat dan menerima rawatan di wad.

Assalamualaikum! Baru tau ada mild slipped disc. Okay saya rest daripada lasak jap janji.. (Nurse dengan staff kat sini kalau boleh nak pagar bilik ni sebab pesakit asyik kabur aja tah kemana mana)

Pelantun lagu Pencuri Hati ini turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan kenalan yang mendoakan kesihatannya serta bertanya khabar melalui mesej peribadi (DM).

Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, whatsapp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang.

Dalam perkongsian tersebut, Ayda turut meminta tips daripada mereka yang pernah mengalami posterior disc agar dapat pulih dengan lebih cepat.

Teruskan doa biar cepat sihat! Buat yang pernah ada posterior disc, share tips nak cepat baik please.. Salam Ramadhan juga buat semua

Sementara itu, peminat serta rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa agar Ayda segera sembuh.

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Ayda Jebat Alami ‘Mild Slipped Disc’, Kini ‘Berehat’ Di Hospital

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker