Taktikal ampuh Bidoglio beri impak kemenangan JDT
Taktikal ampuh Bidoglio beri impak kemenangan JDT

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menegaskan taktikal mengekalkan tekanan tinggi memberi kelebihan untuk menewaskan Pohang Steelers FC 5-2 pada aksi Kumpulan Zon Timur, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Bidoglio berkata, segala perancangan dibuat bagi memastikan kemenangan ke atas skuad kendalian Park Tae-ha untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik saingan kelab elit Asia itu.
“Malam ini (malam tadi) semua pemain memberi persembahan menakjubkan dan mengikut perancangan taktikal yang dibuat kerana kita tahu berdepan kelab dari Korea bukanlah tugas mudah, malah kami menghadapi kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan mereka.
“Walaupun pasukan lawan menjaringkan gol awal, saya arahkan pemain supaya tidak panik dan kekal dengan taktikal dirancang.
“Malah setiap hantaran yang dilakukan tepat dan jaringan itu sememangnya tidak diduga ketika benteng agak hilang konsenstrasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
“Di babak pertama pemain lawan cuba memecah barisan pemain JDT dengan membentuk serangan menggunakan lima pemain dan hanya tiga atau empat pemain berada di posisi pertahanan dan situasi itu menyukarkan untuk bermain secara ‘high pressing’,” katanya.
Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, pada rehat babak pertama, barisan kejurulatihan yang sudah mengesan taktik permainan Pohang Steelers bertindak menyelesaikan masalah dengan menguatkan posisi tengah pada babak kedua.
“Bermula babak kedua, pemain mula tunjuk karakter sebenar di padang dengan beraksi lebih dinamik dan berintensiti tinggi.
“Bermulalah kami mengawal permainan dengan hantaran bola yang lebih efektif, malah semua itu membolehkan pemain menjaringkan gol,” katanya.
Beliau menyifatkan kapten, Natxo Insa bagaikan wira tidak didendang dalam perlawanan itu selepas beraksi konsisten apabila memainkan peranan penting di posisi tengah bagi mengimbangi rentak permainan sama ada memperlahankan atau mempercepatkan permainan.
“Pada usia 38 tahun, Natxo langsung tidak menunjukkan kepenatan, sebaliknya menjadi ‘jantung’ di posisi tengah dengan kebijaksanaannya mengawal permainan yang membantu benteng pertahanan dan terbabit mengatur serangan,” ujarnya.
Ditanya mengenai lawan bakal ditentang JDT iaitu Gwangju FC selepas pernah tewas 1-3 pada aksi 22 Oktober lalu, Bidoglio menegaskan fokus utama pada diri sendiri sebelum memikirkan untuk berdepan kelab dari Korea itu.
Taktikal ampuh Bidoglio beri impak kemenangan JDT
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET