Warga emas lemas dalam tali air berhampiran rumah
Warga emas lemas dalam tali air berhampiran rumah
PASIR MAS: “Semalam ibu banyak berdiam diri dan tidak sangka ia petanda akan pergi meninggalkan kami semua,” luah Norazilah Mamat anak kepada mangsa lemas, Minah Awang Hamat, 88.
Minah, 88, yang mempunyai penyakit nyanyuk dan rabun ditemui lemas di dalam tali air berdekatan kediamannya di Kampung Bechah Palas 4, Bunut Susu, di sini, jam 9.28 malam tadi.
Norazilah, 57, berkata, kali terakhir dia berbual dengan ibunya petang semalam memandangkan rumah mereka hanya bersebelahan sahaja selain mangsa setiap hari akan bermalam di rumahnya.
Katanya, sekitar jam 6 petang, dia ke rumah ibunya untuk mengajak bermalam di rumahnya tetapi tidak ditemui sebelum mereka sekeluarga mencari di sekeliling rumah dan kampung.
“Sebaik misi pencarian dilakukan, ibu ditemui lemas oleh suami saya sendiri di pintu air di dalam parit yang berjarak hanya 200 meter dari rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
“Luluh hati saya melihat sekujur tubuh ibu dibawa naik sebelum dan disahkan meninggal dunia.
“Sebenarnya, kami sekeluarga sudah beberapa kali meninjau kawasan tali air di hadapan rumah namun tidak mengesan sebarang petanda kerana paras air agak tinggi berbanding biasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Norazilah berkata, jenazah ibunya itu akan dikebumikan selepas waktu Zuhur di Tanah Kubur Kampung Kubur Wajib, Mukim Bunut Susu, di sini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd Azmi Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan telefon pada jam 9.08 malam tadi, melaporkan berkenaan orang hilang dan segera ke lokasi kejadian untuk membantu mencari mangsa.
“Mangsa bagaimanapun ditemui orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
“Jenazah dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM) untuk tujuan bedah siasat.
“Orang ramai diminta sentiasa peka dengan keadaan semasa ahli keluarga yang sudah berusia atau pun kanak-kanak bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Warga emas lemas dalam tali air berhampiran rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET