Warga emas ditemukan lemas, remaja masih hilang
Warga emas ditemukan lemas, remaja masih hilang

KUCHING: Lelaki warga emas yang hilang ketika memukat ikan di sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei di Limbang semalam, ditemukan lemas hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata operasi kini fokus kepada pencarian seorang lagi mangsa iaitu seorang remaja lelaki yang turut dilaporkan hilang.
Beliau berkata, mangsa pertama, Atin Isik, 62, dijumpai tidak sedarkan diri di tebing sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei itu pada jam 11.24 pagi tadi.
“Lelaki warga emas itu disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa lelaki iaitu Jordisone Jamit, 16 tahun masih belum dapat dikesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada keluarga, kedua-dua mangsa keluar rumah untuk memukat ikan di sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei itu kira-kira 12 tengah hari, semalam.
“Mangsa pertama ditemui ahli keluarga yang membuat pencarian awal hari ini,” katanya.
Menurutnya lagi, pencarian kini dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bersama penduduk kampung.
Warga emas ditemukan lemas, remaja masih hilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET