Treler seret kereta dinaiki nenek, 4 cucu dan pembantu rumah
Treler seret kereta dinaiki nenek, 4 cucu dan pembantu rumah

YAN: Berpantang maut sebelum ajal – Itu berlaku kepada seorang wanita berusia 70 tahun bersama empat cucunya serta pembantu rumah yang terselamat selepas Perodua Myvi dinaiki mereka diseret treler.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang tadi ketika kenderaan dipandu wanita warga emas itu dari arah Yan menuju Tanjung Dawai membelok untuk memasuki simpang tiga dekat Singkir, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintendan Musa Rabien, ketika itu sebuah treler dari arah bertentangan tidak sempat berbuat apa-apa dan terus mengheret Perodua Myvi berkenaan sehingga masuk ke sebuah kedai runcit.
“Mujur pemandu treler sempat menekan brek menyebabkan impak kemalangan tidak berapa kuat.
Musa berkata, mereka kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.
“Pemandu treler tidak cedera dan lelaki itu bersama kedua-dua kenderaan terbabit kemalangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Yan untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Treler seret kereta dinaiki nenek, 4 cucu dan pembantu rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah