Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar PD meletup, terbakar

Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar PD meletup, terbakar

Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar PD meletup, terbakar
Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar di Port Dickson meletup dan terbakar, malam tadi. – Foto ihsan bomba

PORT DICKSON: Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar di sini meletup dan terbakar sehingga mengejutkan penduduk sekitar, malam tadi.

Komander Operasi Kanan, Mohd Kamal Mohd Timar, berkata menurut maklumat awal daripada pemanggil yang menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson pada jam 9.09 malam, berlaku letupan di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar.

Susulan itu, katanya, pasukan bergegas ke lokasi yang terletak sejauh kira-kira satu kilometer.

Selain BBP Port Dickson, beliau berkata, pasukan HAZMAT dari BBP Seremban 2 yang diketuai Komander Operasi, PBKI (KUP) Sabarudin Ahmad, turut dikerahkan ke tempat kejadian.

“Operasi sedang dijalankan bagi memadamkan api yang agak besar,” katanya dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


Bagaimanapun setakat ini, beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian itu.

Katanya, tindakan ‘size-up’ dilakukan di lokasi bagi mencari punca letupan, dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan melalui Facebook, mengesahkan berlaku insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, malam tadi.

Menurut TNB, keadaan adalah terkawal, dan pasukan teknikal telah segera dikerahkan ke lokasi bagi menilai situasi serta mengambil langkah untuk memastikan keselamatan semua pihak.

“Buat masa ini, bekalan elektrik kepada pengguna tidak terjejas dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TNB akan terus memantau perkembangan situasi ini dan memberi maklumat terkini sekiranya diperlukan.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar PD meletup, terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker