Lelaki tampar isteri dalam video ‘live’ direman 3 hari

Lelaki tampar isteri dalam video ‘live’ direman 3 hari

Lelaki tampar isteri dalam video 'live' direman 3 hari
Laporan berita di BH Online.

KUALA LANGAT: Seorang lelaki yang menampar isterinya di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Sepang sehingga videonya tular di laman sosial, direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Terdahulu, suspek berusia lingkungan 50-an itu tiba di Mahkamah Majistret Telok Datuk, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi dengan memakai baju lokap jingga.

Media semalam melaporkan suspek ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan, jam 10 pagi semalam.

Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 29 saat memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah sambil memegang bungkusan plastik, sebelum seorang lelaki menghampiri dan menamparnya di khalayak ramai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


Tindakan itu bagaimanapun membawa padah selepas ia secara tidak sengaja dirakam dalam satu video ‘live’ di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video berkenaan.

Lelaki tampar isteri dalam video ‘live’ direman 3 hari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker