Remaja lemas ketika mandi bersama rakan di Lata Tebing Tinggi
Remaja lemas ketika mandi bersama rakan di Lata Tebing Tinggi

IPOH: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakannya di Lata Tebing Tinggi dekat Selama, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu jam 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
“Tindakan ketua operasi mengarahkan anggota membuat penyelamatan menggunakan kaedah CPR (resusitasi kardiopulmonari), namun tidak ada tindak balas daripada mangsa.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir di lokasi kejadian. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.