Pekebun kecil rugi besar, tanaman sawit dimusnahkan gajah
Pekebun kecil rugi besar, tanaman sawit dimusnahkan gajah

KUANTAN: “Saya reda apabila semua 500 pokok tanaman kelapa sawit saya di Kampung Paya Rambutan dekat Paya Bungor, di sini musnah di makan kumpulan enam gajah,” kata pekebun Jamsari Mohammad, 58.
Katanya, impian meraih pendapatan tambahan setiap bulan hasil komoditi berkenaan tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kerugian lebih RM50,000 terpaksa ditanggung sejak projek pertanian itu dimulakan empat tahun lalu.
Menurutnya, serangan haiwan berkenaan pada tanaman sawit berumur dua dan tiga tahun berlaku secara berperingkat sejak tahun lalu, ia berlarutan hingga kelmarin.
“Serangan pertama kumpulan haiwan liar terbabit berlaku awal bulan ini, lebih 300 anak sawit milik lima pekebun musnah menyebabkan kerugian beribu ringgit.
“Pekebun dan penduduk kampung sudah membuat aduan pada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, usaha agensi berkenaan telah dilakukan,” katanya, di sini hari ini.
Tambahnya, pekebun terus menerus terdedah dengan kerugian disebabkan serangan gajah yang akan muncul hampir setiap minggu.
Dipercayai terdapat tiga kumpulan haiwan berkenaan yang secara bergilir menceroboh kebun sawit penduduk.
Jamsari berkata, tahun lalu 4,000 hingga 5,000 pokok sawit milik 15 penduduk musnah di makan gajah yang menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit. Usaha menangkap haiwan terbabit kini mula dilakukan PERHILITAN sejak bulan lali namun masih tidak berjaya.
“Saya bagi pihak penduduk kampung yang mengusahakan kebun sawit merayu pada PERHILITAN supaya terus berusaha menangkap dan memindahkan haiwan terbabit bagi membendung masalah terbabit daripada terus berlaku dan merugikan kami,” katanya.
Bagi Mohd Nazri Mohd Mokhtar, 52, lebih 50 pokok sawit miliknya musnah selepas diserang kira-kira lapan ekor gajah kelmarin, haiwan berkenaan semakin berani menceroboh kebun penduduk disebabkan telah banyak hutan diteroka.
Katanya, sebelum ini kumpulan haiwan terbabit menghuni Hutan Simpan Remen Chereh sebelum beralih ke Hutan Simpan Berkelah sejak beberapa tahun lalu selepas kawasan hutan diteroka menjadi ladang sawit.
“Kumpulan gajah mula muncul di Kampung Paya Rambutan sejak empat tahun lalu, namun kehadiranya semakin kerap sejak kebelakangan ini dengan memusnahkan banyak anak pokok sawit.
“Terdapat tiga kumpulan gajah yang sering menceroboh kebun penduduk, kumpulan besar antara lapan hingga 12 ekor yang menceroboh kebun penduduk. Terbaharu serangan haiwan terbabit berlaku malam
kelmarin yang memusnahkan banyak pokok sawit,” katanya.
Beliau berkata, tidak mustahil kumpulan gajah berkenaan akan menceroboh kawasan Kampung Paya Rambutan sekiranya tidak ada usaha menangkap dan memindahkan haiwan terbabit.
Kumpulan haiwan berkenaan terpaksa keluar daripada hutan untuk mencari makan selepas kawasan habitannya terus menerus di teroka untuk dijadikan ladang sawit.
Pekebun kecil rugi besar, tanaman sawit dimusnahkan gajah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.