Polis sita 72 motosikal, keluar 1,039 saman

Polis sita 72 motosikal, keluar 1,039 saman

Polis sita 72 motosikal, keluar 1,039 saman
Polis Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan 1,039 saman kesalahan undang-undang jalan raya ketika mengadakan Operasi Motosikal dan Operasi Samseng Jalanan di sekitar Kuala Lumpur malam tadi awal pagi tadi. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 72 motosikal disita dengan 1,039 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Operasi Motosikal dan Operasi Samseng Jalanan di sekitar Kuala Lumpur malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, dalam operasi yang dilaksanakan, seramai 75 anggota terdiri daripada 13 pegawai kanan polis dan 62 pegawai rendah polis dari JSPT Kuala Lumpur membuat sekatan jalan raya di beberapa lokasi, iaitu Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan terhadap kira- kira 1,500 kenderaan. Hasil operasi, sebanyak 72 motosikal disita atas kesalahan pengubahsuaian kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Polis sita 72 motosikal, keluar 1,039 saman
Sebanyak 72 motosikal disita dengan 1,039 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Operasi Motosikal dan Operasi Samseng Jalanan di sekitar Kuala Lumpur malam tadi. – Foto BERNAMA

“Selain itu, pihak JSPT Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 789 saman, manakala pihak JPJ mengeluarkan 250 saman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


“Dalam operasi itu, lima individu ditangkap atas pelbagai kesalahan, iaitu mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil / Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (tiga kes), Seksyen 30(3) Akta Racun dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas operasi terbabit awal pagi tadi.

Mohd Zamzuri berkata, kesemua tangkapan membabitkan individu berusia antara 15 hingga 25 tahun dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Operasi ini diadakan bagi menumpukan kepada penunggang motosikal supaya lebih mematuhi peraturan jalan raya, memakai topi keledar dengan betul, serta tidak melakukan aksi berbahaya yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Kini, semakin ramai remaja cenderung untuk keluar rumah dan melepak bersama rakan-rakan, serta menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap aktiviti samseng jalanan,” katanya.

 

Polis sita 72 motosikal, keluar 1,039 saman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker