Lelaki bakar 5 motosikal penduduk dipenjara 12 tahun

Lelaki bakar 5 motosikal penduduk dipenjara 12 tahun

Lelaki bakar 5 motosikal penduduk dipenjara 12 tahun
Afif Jazimin Jamaluddin dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah membakar lima motosikal penduduk kampung. – Foto NSTP/Wan Nabil Nasir

BALING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan membakar lima motosikal penduduk kampung.

Tertuduh Afif Jazimin Jamaluddin, 23, yang berasal dari Kampung Pisang, Kupang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat api dengan membakar motosikal jenis Modenas Kris, SM Sport dan Honda EX5 sehingga menyebabkan kerosakan harta penduduk di Kampung Pisang, Kupang, jam 3.30 pagi, pada 24 Disember lalu.

Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama apabila membakar motosikal jenis Honda EX5 di Kampung Jerai, Kupang dan Modenas Kriss di Kampung Hangus, Kupang, pada jam 3.15 pagi dan 3.30 pagi, pada 27 Disember dan 2 Januari lalu.

Berikutan itu dia didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Nursyafina Baharudin.

Intan Nursyafina dalam rayuannya meminta hukuman penjara ke atas anak guamnya berjalan serentak dari tarikh tangkapannya berikutan tertuduh membuat pengakuan bersalah yang menjimatkan masa mahkamah.

Selain itu, tertuduh yang tidak bekerja masih mempunyai ibu bapa berusia 43 dan 52 tahun yang memerlukan perhatiannya.

Hakim Najwa kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.

Media sebelum ini, melaporkan berlaku siri kebakaran yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk sekitar Kupang, sejak hujung tahun lalu.

Lelaki bakar 5 motosikal penduduk dipenjara 12 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker