Kes OKU dipukul: Pempengaruh ditahan didakwa keluar kenyataan ugutan

Kes OKU dipukul: Pempengaruh ditahan didakwa keluar kenyataan ugutan

Kes OKU dipukul: Pempengaruh ditahan didakwa keluar kenyataan ugutan

CHUKAI: Pempengaruh media sosial ditahan polis, hari ini bagi siasatan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan mendatangkan kegusaran awam berhubung kes pukul membabitkan OKU.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan susulan laporan diterima Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, suspek ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor pada 6.55 pagi tadi.

Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke mahkamah dan polis mendapat perintah reman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Selain itu, suspek juga akan disiasat mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


Minggu lalu, media melaporkan lelaki OKU mental dipukul di hadapan orang ramai di pasar pagi Jalan Padang Astaka, Chukai, di sini, dipercayai akibat motosikal yang ditunggang memasuki tapak jualan dan terlanggar sebuah gerai menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut terjatuh.

Insiden itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi, manakala polis turut menahan beberapa individu bagi siasatan lanjut.

 

Kes OKU dipukul: Pempengaruh ditahan didakwa keluar kenyataan ugutan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker