5 maut kemalangan dirempuh kereta dipandu remaja 16 tahun

5 maut kemalangan dirempuh kereta dipandu remaja 16 tahun

5 maut kemalangan dirempuh kereta dipandu remaja 16 tahun
ANTARA kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Stutong Baru, Kuching, hari ini. FOTO IHSAN PDRM

Kuching: Jumlah mangsa maut dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan lima kenderaan di sini, tengah hari tadi meningkat kepada lima orang.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, empat daripada mangsa yang berumur antara 16 hingga 45 tahun termasuk seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa iaitu remaja lelaki berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Kemalangan di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru kira-kira jam 12.50 tengah hari itu berlaku apabila sebuah kereta dari arah Jalan Lapangan Terbang menghala ke Jalan Seria Raja hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Kereta itu kemudian merempuh dua motosikal dan dua kereta di laluan bertentangan itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?


Mohd Farhan berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun yang memandu kereta Proton Saga yang merempuh empat kenderaan lain itu kini masih menerima rawatan di HUS kerana mengalami kecederaan di leher.

“Tiga lagi mangsa yang turut mengalami kecederaan juga menerima rawatan lanjut di HUS,” katanya.

Empat lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah Toyota Altis, Proton Saga serta dua motosikal iaitu Yamaha dan Modenas.

Menurutnya lagi, remaja lelaki itu yang tidak memiliki lesen memandu akan ditahan selepas dia menerima rawatan di HUS.

“Dia akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan merbahaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya.

Beliau turut meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat trafik, Asisten Superintendan Lucas Apin di talian 013-8246881 / 082- 259900 atau mana-mana balai polis berhampiran.

5 maut kemalangan dirempuh kereta dipandu remaja 16 tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker