Kenapa kebakaran di LA marak dengan cepat?
Kenapa kebakaran di LA marak dengan cepat?
Los Angeles: Kebakaran di Los Angeles dan kawasan sekitarnya, disifatkan bencana alam terburuk di rantau itu dalam beberapa dekad.
Menurut Bloomberg, punca kebakaran masih dalam siasatan, namun corak cuaca terkini serta keadaan persekitaran unik di kawasan itu menyumbang kepada penyebarannya.
Berikut adalah perkara yang perlu diketahui mengenai mengapa kebakaran ini begitu dahsyat seperti dilaporkan portal berita itu.
Mengapa kebakaran merebak begitu cepat?
Menurut Bloomberg, California Selatan sedang mengalami kemarau. Corak cuaca yang membawa kepada pengisytiharan fenomena La Nina pada 9 Januari mengalihkan ribut pasifik dari California ke arah barat laut.
Selain itu, corak tekanan atmosfera luar biasa berhampiran Los Angeles menghalang ribut sejuk yang biasanya datang dari Teluk Alaska. Kawasan itu tidak menerima hujan yang ketara sejak April lalu.
Penyelidik mengatakan musim kering berpanjangan pada musim sejuk berkemungkinan berkait dengan pemanasan lautan, yang boleh menyebabkan jalur angin berkelajuan tinggi mempengaruhi cuaca di seluruh Amerika Utara menyimpang dari laluan biasanya.
Namun, satu fenomena cuaca Los Angeles tiba tepat pada waktunya iaitu angin bermusim Santa Ana. Angin ini meniupkan udara dari dalam ke atas banjaran gunung California, dengan tiupan yang semakin panas dan kering ketika ia menuju ke pantai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
Angin ini memburukkan lagi kemarau dengan mengeringkan mana-mana tumbuhan di kawasan itu, menjadikannya rapuh dan mudah terbakar, sementara pokok mati dan semak di bukit-bukit sekitar Los Angeles kini, kekurangan kelembapan, menyediakan bahan bakar yang banyak untuk kebakaran.
Mengapa kebakaran ini menyebabkan kerosakan besar?
Dua kebakaran terbesar berlaku di kawasan kejiranan mewah Pasific Palisades di Los Angeles, dan di timur iaitu di kawasan yang merentasi bandar Altadena dan Pasadena.
Kawasan ini adalah apa yang disebut oleh pakar sebagai zon peralihan di mana tanah terbuka ‘bertemu’ dengan pembangunan manusia.
Kebakaran hutan di zon ini boleh menjadi sangat memusnahkan kerana rumah sering berada berdekatan dengan semak dan pokok yang sangat mudah terbakar, kata Crystal Kolden, Pengarah Pusat Ketahanan Kebakaran di Universiti California, Merced.
Mengapa kebakaran sukar dikawal?
Menurut Bloomberg, pasukan bomba berdepan dengan kekurangan air. Paip di kawasan Los Angeles adalah sebahagian daripada sistem air perbandaran yang menyediakan tekanan air yang cukup untuk memenuhi keperluan harian dan memadamkan kebakaran struktur individu, tetapi tidak cukup untuk mengawal siri kebakaran dengan kekuatan dan skala sebesar ini.
Operasi bomba juga dihalang oleh angin kencang, menyebabkan pesawat pemadam kebakaran tidak dapat beroperasi.
Kenapa kebakaran di LA marak dengan cepat?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.