Dari DAP baik PAS..
Dari DAP baik PAS..
Oleh: Zakariya Mohamad
Syabas kerana PAS telah memberi arahan kepada ahli-ahlinya supaya berhimpun secara beramai ramai pada 6 Januari 2025 sebagai tanda memberi sokongan moral terhadap Najib.
Berdasar senario tentang perkembangan semasa, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, beliau yakin hayat kerjasama UMNO-DAP dalam Kerajaan Perpaduan semakin pendek.
PAS dan UMNO boleh bekerjasama dan kembali untuk memperkasakan MN, tetapi dengan syarat Mahathir dan Mahiaddin perlu ke penjara dengan terlebih dahulu.
Lebih baik PAS mendekati UMNO daripada mendekati Mahathir dan Mahiaddin.
Adakah Hadi seorang yang pekak dan tidak tahu menilai bagaimana keceluparan Mahathir dan Mahiaddin yang pernah menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sebelum ini?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Sehubungan dengan itu, kita menyokong kenyataan Nik Abduh yang boleh mendorong ke arah kebangkitan semula MN.
Nampaknya menerusi kenyataan Nik Abduh, PAS dipercayai sangat berharap supaya hubungan parti itu dengan UMNO pulih semula.
Kita percaya bukan sahaja PAS, tetapi UMNO juga dipercayai khuatir dengan DAP yang semakin lantang mencabar integriti dan maruah Islam.
Bukan sahaja isu sijil halal, tetapi sikap Menteri DAP seolah-olah mencabar Islam dengan mengadakan sambutan Krismas di pejabat kerajaan.
“Ia menambah keyakinan saya bahawa hubungan UMNO-DAP adalah pendek dan menuju garis penamat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Adapun DAP-PAN, saya tak nak usik. Susah nak ‘baca’,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.
Nik Abduh memuatnaik keratan akhbar membabitkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengadakan sambutan Hari Krismas di pejabatnya.
Tindakan itu mengundang kritikan Pemuda PAS yang menyifatkan perbuatan itu seolah-olah mencabar umat Islam di negara ini.
Bagaimanapun Kor Ming mempertahankan tindakannya itu sebagai meraikan kepelbagaian agama dan budaya di negara ini.
Kita tidak menyalahkan DAP, tetapi perasaan kecil hati PAS wajar dirasai oleh UMNO kerana sambutan Krismas diadakan di agensi Kerajaan, dan langkah ini, sejauh mana rasional? – Zakariya Mohamad.
Dari DAP baik PAS..
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.