Promosi budaya komunis, polis serbu restoran barbeku di Klang
Promosi budaya komunis, polis serbu restoran barbeku di Klang
KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah restoran barbeku yang dikesan mempromosikan budaya komunisme dengan mempunyai peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan cetakan gambar pemimpin komunis di Bandar Botanic, Klang, Selangor, malam tadi.
Serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, ke sebuah restoran di Jalan Kasuarina 6, jam 10 malam tadi berdasarkan risikan yang dijalankan susulan pendedahan satu video yang tular dalam laman YouTube.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya mengambil tindakan segera menyerbu restoran itu selepas didapati terdapatnya elemen yang mempromosikan budaya komunis.
“Pada peringkat awal, kita menerima maklumat ini daripada pautan YouTube atas akaun ‘Luiswong90’ sebelum menjalankan risikan lanjut.
“Susulan risikan yang dibuat, Polis Daerah Klang Selatan melakukan serbuan dan menahan seorang lelaki yang juga pengurus restoran terbabit berusia 20 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
“Dalam serbuan sama, polis turut merampas lima mangkuk seramik berwarna putih tercatit tulisan Bahasa Cina dan gambar muka Presiden Komunis China, Mao Zedong bersama rakan-rakannya; cawan kaca teh seramik tercatit tulisan Bahasa Cina berserta gambar; sudu sup seramik mempunyai gambar Mao Zedong dan resit perniagaan,” katanya kepada BH hari ini.
Razarudin berkata, hasil soal siasat terhadap suspek yang bekerja sejak Oktober tahun lalu, peralatan hidangan itu dibeli oleh rakan pemilik restoran yang tinggal di negara China untuk digunakan di restoran berkenaan.
“Permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Majistret Klang selama dua hari sehingga esok, untuk siasatan lanjut dan semakan lesen akan dibuat kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
“Semakan ke atas pemilik akaun ‘luiswong90’ juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited dalam memastikan tiada pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman dan keharmonian negara selain mendatangkan kegusaran awam.
Promosi budaya komunis, polis serbu restoran barbeku di Klang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
- UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin
- Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.