3 penjenayah mati ditembak
3 penjenayah mati ditembak
Penampang: Tiga penjenayah bersenjata api mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill, di sini, malam ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.13 malam itu, ketiga-tiga suspek lelaki itu dipercayai terbabit dalam beberapa aktiviti jenayah, termasuk kes bunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Azmi Abdul Rahim berkata, bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu sebuah rumah di sebuah apartment di tingkat satu.
“Ketika serbuan dibuat, berlaku tembak menembak antara ketiga-tiga suspek dengan pasukan serbuan.
“Bagaimanapun pasukan serbuan berjaya menembak mati ketiga-tiga penjenayah terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.
“Ketiga-tiga penjenayah ini dipercayai terbabit beberapa kes jenayah termasuk kes bunuh di Sarawak,” katanya.
Sepasukan Unit Forensik IPK Sabah turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.
3 penjenayah mati ditembak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.