Mizuno dapat kepercayaan atlet ternama
Mizuno dapat kepercayaan atlet ternama
Kuala Lumpur: Pengeluar barangan sukan Jepun, Mizuno meletakkan sasaran untuk menjadi antara empat jenama sukan pilihan utama di negara ini, sekali gus bersaing dengan jenama terkenal lain.
Untuk merealisasikan hasrat itu, Mizuno kini giat menjalinkan kerjasama dengan beberapa atlet ternama termasuk terbaru memperkenalkan inisiatif ‘The Next Chapter’ yang menyaksikan kerjasama bersama 11 atlet elit daripada lima disiplin sukan.
Pengurus Negara Mizuno Malaysia, Darren Wong berkata, pihaknya serius untuk memastikan jenama Mizuno menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia.
“Untuk menjadi antara empat pilihan utama jenama sukan, ia bergantung kepada kategori sukan. Jika untuk sukan larian, saya boleh katakan kami masih tidak dapat berada dalam kelompok empat terbaik kerana banyak persaingan daripada jenama lain.
“Tetapi untuk badminton dan bola sepak, kami sentiasa berada dalam kedudukan itu (empat terbaik), cuma tidak betul-betul konsisten. Setiap sukan ada ramuan tersendiri dan kini kami sedang berusaha ke arah itu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan inisiatif ‘The Next Chapter’ membabitkan 11 atlet, hari ini.
Sebelas atlet berkenaan adalah pemain hoki kebangsaan, Azrai Aizad Abu Kamal dan Shello Silverius; atlet olahraga, Ahmad Luth Hamizan; pemain golf profesional, Nicholas Fung; bakat muda badminton, Shaqeem Eiman Shahyar serta empat pemain bola sepak kebangsaan iaitu Daniel Ting, Dominic Tan, Afiq Fazail, Feroz Baharudin, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Azam Azmi Murad.
“Fokus kami adalah untuk menyokong atlet elit negara selain menyumbang kepada pencapaian cemerlang sukan tanah air.
“Pemahaman mendalam kami terhadap keperluan atlet, digabungkan dengan inovasi global Mizuno, memberikan kami kelebihan unik untuk meningkatkan prestasi sukan di seluruh negara,” katanya.
Sebelum ini, Mizuno turut menjadi penaja rasmi jersi untuk empat pasukan hoki kebangsaan di bawah Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) iaitu pasukan wanita, skuad remaja wanita serta pasukan hoki dalam dewan lelaki dan wanita.
Mizuno juga baru-baru ini turut menjalin kerjasama dengan pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi.
Mizuno dapat kepercayaan atlet ternama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.