Selangor FC lebih agresif

Selangor FC lebih agresif

Selangor FC lebih agresif
KINOSHI ketika memberi arahan kepada pemainnya ketika sesi latihan Gergasi Merah. FOTO Selangor FC

Kuala Lumpur: Falsafah permainan menyerang secara agresif bakal menjadi DNA baharu dalam corak permainan Selangor FC selepas ini.

Ia disuarakan pengendali baharu Red Giants dari Jepun, Katsuhito Kinoshi yang mengakui akan mengamalkan corak permainan agresif atau intensiti tinggi kepada barisan pemainnya.

“Corak permainan saya agresif,” katanya yang cukup berpengalaman di pentas antarabangsa termasuk sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Serbia sebelum ini.



Malah ujarnya, beliau juga mahu menerapkan mentaliti kemenangan kepada anak buahnya agar keputusan positif mampu dilakar dalam setiap perlawanan diharungi.

“Kami ingin tunjukkan mentaliti pemain agar tidak mudah mengalah hingga detik terakhir,” katanya yang akan membuat penampilan sulung bersama Red Giants dalam aksi Liga Juara-Juara Asia II (ACLE II) menentang Muangthong United, Khamis ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan



 


Untuk rekod, tugas terakhir Kinoshi adalah sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan Serbia di mana skuad itu berjaya muncul juara Kumpulan 4 UEFA Nations League B 2022/23 selepas menumbangkan Sweden.

Ia sekali gus menyaksikan skuad The Eagles dinaikkan pangkat untuk kini bertanding di saingan UEFA Nations League A bersama Sepanyol, Denmark dan Switzerland.



Antara kejayaan lain adalah membantu Serbia layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar menentang Brazil, Switzerland dan Cameroon.

Red Giants sebelum ini dikejutkan dengan peletakan jawatan Nidzam Jamil pada bulan lalu yang kemudiannya menyaksikan penolong jurulatih, Abdi Hassan mengambil alih secara interim.

Selangor FC lebih agresif

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS



 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker