Salah bikin Liverpool makin ‘gayat’
Salah bikin Liverpool makin ‘gayat’
Southampton: Pendahulu Liga Perdana, Liverpool, menewaskan pasukan tercorot, Southampton 3-2, hari ini, sekali gus melebarkan jurang kepada lapan mata berbanding juara bertahan, Manchester City.
Mohamed Salah memimpin kebangkitan separuh masa kedua untuk pasukan pelawat.
Liverpool mendahului pada minit ke-30 selepas Dominik Szoboszlai memanfaatkan kesilapan Southampton untuk menjaringkan gol, tetapi tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.
Adam Armstrong menyaksikan percubaan penaltinya diselamatkan, namun berjaya menjaringkan gol dari bola muntah sejurus sebelum berakhir separuh masa pertama.
Southampton mengejutkan Liverpool apabila Mateus Fernandes menyudahkan serangan balas yang cantik untuk mendahului selepas rehat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
Namun, Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-65 dengan sentuhan menarik masuk ke gawang lawan.
Southampton kemudiannya menghadiahkan penalti kepada Liverpool pada minit ke-83 akibat bola terkena tangan Yukinari Sugawara.
Salah tidak mensia-siakan peluang itu dan memastikan Liverpool membawa pulang tiga mata penuh.
Namun, Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-65 dengan sentuhan menarik masuk ke gawang lawan.
Southampton kemudiannya menghadiahkan penalti kepada Liverpool pada minit ke-83 akibat bola terkena tangan Yukinari Sugawara.
Salah tidak mensia-siakan peluang itu dan memastikan Liverpool membawa pulang tiga mata penuh.
Salah bikin Liverpool makin ‘gayat’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
- Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan