Pembantu pengembala didakwa pecah masuk kediaman Sultan Johor
Pembantu pengembala didakwa pecah masuk kediaman Sultan Johor
BATU PAHAT: Seorang pembantu pengembala lembu dan kambing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah masuk kediaman Sultan Johor dan merosakkan kunci pintu rumah, dua bulan lalu.
Muhammad Qamarulazim Samad, 20, didakwa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddinShafi’uddin mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan bagi mana-mana kesalahan mencuri yang dilakukan kali kedua atau seterusnya hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.
Tertuduh didakwa memecah masuk kediaman kepunyaan Sultan Johor yang digunakan sebagai tempat menyimpan harta dan melakukan khianat dengan merosakkan kunci pintu rumah, antara jam 11 malam 23 September hingga 9.30 pagi 24 September lalu.
Kesalahan itu dilakukan di Rumah Tempat Datang-Datang, Jabatan Kerja Raya 100, Jalan Kluang, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Farha Garieb.
Terdahulu pada prosiding 27 Oktober lalu, pihak pendakwaan turut mengemukakan laporan psikiatri dari Hospital Permai Johor Bahru berhubung status tertuduh sama ada perlu didakwa atau sebaliknya.
Selepas meneliti laporan itu, mahkamah mendapati tertuduh layak dibicara dan membuat pengakuan atas pertuduhan terhadapnya.
Mahkamah sama pada 6 Oktober sebelum itu memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital terbabit selari Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.
Susulan pengakuan bersalah dibuat tertuduh yang dibuat pada 27 Oktober, mahkamah menetapkan hari ini untuk sebutan semula bagi laporan sosial, fakta dan hukuman.
Pembantu pengembala didakwa pecah masuk kediaman Sultan Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.