Kertas siasatan kes fitnah PM dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat

Kertas siasatan kes fitnah PM dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat

Kertas siasatan kes fitnah PM dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merujuk kertas siasatan membabitkan video tular didakwa memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan temu ramah Perdana Menteri dengan CNN kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata setakat ini terdapat 11 laporan berkaitan isu sama dan seramai 12 saksi sudah dirakam keterangan.

“Siasatan berkaitan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

“Kertas siasatan akan dirujuk ke AGC dalam masa terdekat,” katanya hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


Sebelum ini media melaporkan, Gabungan 20 badan bukan kerajaan (NGO) , Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) membuat laporan polis berhubung satu video tular didakwa memfitnah Anwar berkaitan temu ramah perdana menteri dengan CNN.

Jurucakap gabungan itu, Shahbudin Embun dilaporkan berkata video dimuat naik seorang individu menggunakan akaun “Papa Berry Studio” di platform YouTube itu bertujuan menghasut orang ramai untuk menimbulkan kemarahan rakyat, terutamanya orang Islam di Malaysia.

Baru-baru ini, satu video memaparkan seorang individu mendakwa kononnya Anwar mengiktiraf kewujudan negara Israel.

Bagaimanapun, Anwar ketika menjelaskan mengenai isu itu berkata beliau tidak mengiktiraf negara Israel, dan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.

Kertas siasatan kes fitnah PM dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker