Motosikal ditunggangi 3 beranak dirempuh, anak 7 tahun maut

Motosikal ditunggangi 3 beranak dirempuh, anak 7 tahun maut

Motosikal ditunggangi 3 beranak dirempuh, anak 7 tahun maut
RAKAMAN kamera papan pemuka memaparkan kereta merempuh motosikal. FOTO video tular

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang dirempuh dari belakang di Lebuhraya Bukit Jalil, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, ketika kejadian, kanak-kanak perempuan itu menaiki motosikal Honda Beat yang ditunggangi ibu bapanya.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian kira-kira 9.50 malam, motosikal ditunggangi tiga beranak warga tempatan itu dirempuh sebuah kereta BMW.



“Dalam kejadian itu, penunggang motosikal dan pembonceng bersama anak mereka terjatuh di atas jalan.

“Ketiga-tiga mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam dan anak mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 



Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


Terdahulu, satu video kamera papan pemuka berdurasi 29 saat tular di media sosial memaparkan motosikal terbabit dirempuh sebuah kereta, mengakibatkan penunggang dan pembonceng terjatuh ke atas jalan raya.

Dalam video sama, kelihatan pemandu kereta BMW terbabit terus memecut laju melarikan diri daripada lokasi kejadian.



Mohd Zamzuri berkata, pemandu kereta terbabit hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur bagi membuat laporan berhubung kejadian itu, hari ini.

Menurutnya, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu buat masa ini dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Motosikal ditunggangi 3 beranak dirempuh, anak 7 tahun maut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker