Jalan licin punca pengangkut kereta perisai ATM terbalik – Polis
Jalan licin punca pengangkut kereta perisai ATM terbalik – Polis
KUALA LUMPUR: Nahas membabitkan kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada Khamis minggu lalu disebabkan jalan licin dan basah.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata siasatan awal mendapati keadaan jalan mengakibatkan kenderaan itu yang dalam perjalanan dari Kem Batu 5, Mentakab, Pahang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 7 November lalu, tular di media sosial rakaman memaparkan sebuah kenderaan pengangkut ATM membawa dua kenderaan kereta perisai terbabas di laluan bertentangan di KM35.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Bentong. – BERNAMA
Jalan licin punca pengangkut kereta perisai ATM terbalik – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?
You must be logged in to post a comment.