Bintang Ecuador maut kemalangan
Bintang Ecuador maut kemalangan
Quito: Pemain bola sepak antarabangsa Ecuador, Marco Angulo meninggal dunia pada usia 22 tahun, sebulan selepas mengalami kecederaan kritikal akibat terbabit kemalangan kereta, menurut kenyataan Persekutuan Bolasepak Ecuador, hari ini.
Angulo terbabit dalam kemalangan pada 7 Oktober lalu yang turut mengorbankan bekas rakan sepasukannya ketika skuad remaja, Roberto Cabezas.
Serta Angulo mengalami kecederaan kepala dan lebam pada paru-paru dan meninggal dunia di sebuah hospital di Quito selepas seminggu di unit rawatan rapi (ICU).
Angulo bermain untuk juara liga Ecuador, LDU Quito, sejak Mac lalu selepas dipinjamkan dari kelab MLS Cincinnati.
Dia membuat penampilan pertama untuk pasukan senior kebangsaan Ecuador pada tahun 2022 dan sudah meraih dua kap.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
“Marco bukan sahaja pemain cemerlang tetapi juga rakan sepasukan yang hebat,” kata Persekutuan Bolasepak Ecuador, hari ini.
“Kami amat berdukacita atas kehilangan Marco – seorang suami dan ayah, seorang saudara dan anak serta seorang rakan.
“Dia seorang yang ceria dan baik hati, yang sentiasa membawa kegembiraan ke mana sahaja dia berada.
“Marco meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki yang masih kecil. Dia berusia 22 tahun,” kata kenyataan dari kelab Cincinnati.
Menurut laporan media Ecuador, tiga orang, termasuk Angulo, meninggal dunia daripada lima orang terbabit dengan insiden kemalangan itu.
Bintang Ecuador maut kemalangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib